Sunday 24 July 2011

Latar Belakang Teater Dalam Pendidikan (TDP)

Tahukah Anda tentang Latar belakang TDP?

  • Secara profesional bermula di England pada 1965
  • Kumpulan profesional pertama “Belgrade Theatre in Conventry” – Gordon Vallins (hingga 1966) - untuk tujuan menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti teater. (berkembang hingga ke Leeds, Bolton, Edinburgh, London dan  bandar lain.
  • London Theatre Centre – Brain Way – mementaskan teater yang khusus (ditulis khas) dan melibatkan kanak-kanak yang menonton mengambil bahagian secara spontan pada bahagian tertentu. Pada awalnya lebih utama untuk tujuan menghibur dan menggalakkan minat.
  • Peringkat awal persembahan hanya dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai sijil guru dan lakonan (profesional) – bagi memastikan kualiti dan tarikan minat penonton. Akhirnya berkembang di peringkat kanak-kanak, remaja dan pelajar universiti 
  • Perkembangan pesat TDP telah membolehkan mereka memperoleh peruntukan besar drp “British Art Council” dan pihak lain. Banyak kumpulan bernaung di bawah badan teater dan badan akademik. Ada juga ditubuhkan secara persendirian. Kebanyakan bahan dan program yang dirancang berdasarkan kajian dan keperluan pelajar – dirancang dengan kerjasama pihak pendidikan/guru dan sekolah.
  • 1973 – Festival TDP di London selama 2 minggu. 38 kumpulan mengambil bahagian. 
  • Bretton Hall Colledge di Yorkshire mula perkenalkan kursus musim panas dalam TDP
  • Mula berkembang di USA – projek Creative Arts Team (CAT) – mengikut bentuk British tapi diubahsuai mengikut keadaan di USA.  - tumpuan kepada isu sosial dan kurikulum yang juga berkaitan dengan kehidupan pelajar serta masyarakat. Di antara projek penting : Conflict Resolution Through Drama (isu semasa) cth : I never Told Anybody,  Arts Partners (pendidikan kanak-kanak ) dan Project Communication (isu hubungan manusia)cth : Children of Ellis Island (1987).

Apa pula matlamat TDP?

  • Mengubah sikap – memperbaiki sikap/peribadi 
  • Meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan (daripada tidak tahu kepada tahu)
  • Merangsang pemikiran kritis dan kreatif 
  • Memotivasikan pelajar untuk membicarakan tajuk atau isu tertentu bagi tujuan mendidik/memberi kesedaran


No comments:

Post a Comment