Tuesday 26 July 2011

Apakah teknik TDP yang boleh dilaksanakan?

  • Main peranan (role play) 
  • Pantomim 
  • Monodrama / Monolog
  • Improvisasi/Kerusi Panas/ Balang Kaca 
  • Permainan Teater
  • Bercerita dan Teater Bercerita 
  • Teater Pembaca 
  • Puppet/Boneka


Bagaimanakah melaksanakannya?

Begini…. Langkah-langkah melaksanakannya…



Kurang jelas?... Perhatikan contoh berikut...

Monday 25 July 2011

Kenapakah Drama dan Teater sangat Sesuai dengan Pendidikan?

Prinsip Drama dan Teater Amat Selari dengan Prinsip Pendidikan




Drama dan Teater juga dapat merealisasikan hasrat FPK untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis, kerana drama dan teater mengutamakan kerja berpasuan dan gabungan pelbagai kemahiran dan usur seni seperti muzik, tari, bahasa, busana, solekan, gerak kreatif dan seumpamanya. Ini selaras dengan konsep kecerdasan pelbagai dalam pendidikan.





Apakah pula peranan drama dan teater dalam pendidikan?




Melalui aktiviti drama dan teater dalam pendidikan, kita juga dapat membentuk insan yang lebih berketerampilan sebagai pelakon, penghasil karya dan penonton yang responsive serta lebih bijak menilai.

Sunday 24 July 2011

Latar Belakang Teater Dalam Pendidikan (TDP)

Tahukah Anda tentang Latar belakang TDP?

  • Secara profesional bermula di England pada 1965
  • Kumpulan profesional pertama “Belgrade Theatre in Conventry” – Gordon Vallins (hingga 1966) - untuk tujuan menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti teater. (berkembang hingga ke Leeds, Bolton, Edinburgh, London dan  bandar lain.
  • London Theatre Centre – Brain Way – mementaskan teater yang khusus (ditulis khas) dan melibatkan kanak-kanak yang menonton mengambil bahagian secara spontan pada bahagian tertentu. Pada awalnya lebih utama untuk tujuan menghibur dan menggalakkan minat.
  • Peringkat awal persembahan hanya dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai sijil guru dan lakonan (profesional) – bagi memastikan kualiti dan tarikan minat penonton. Akhirnya berkembang di peringkat kanak-kanak, remaja dan pelajar universiti 
  • Perkembangan pesat TDP telah membolehkan mereka memperoleh peruntukan besar drp “British Art Council” dan pihak lain. Banyak kumpulan bernaung di bawah badan teater dan badan akademik. Ada juga ditubuhkan secara persendirian. Kebanyakan bahan dan program yang dirancang berdasarkan kajian dan keperluan pelajar – dirancang dengan kerjasama pihak pendidikan/guru dan sekolah.
  • 1973 – Festival TDP di London selama 2 minggu. 38 kumpulan mengambil bahagian. 
  • Bretton Hall Colledge di Yorkshire mula perkenalkan kursus musim panas dalam TDP
  • Mula berkembang di USA – projek Creative Arts Team (CAT) – mengikut bentuk British tapi diubahsuai mengikut keadaan di USA.  - tumpuan kepada isu sosial dan kurikulum yang juga berkaitan dengan kehidupan pelajar serta masyarakat. Di antara projek penting : Conflict Resolution Through Drama (isu semasa) cth : I never Told Anybody,  Arts Partners (pendidikan kanak-kanak ) dan Project Communication (isu hubungan manusia)cth : Children of Ellis Island (1987).

Apa pula matlamat TDP?

  • Mengubah sikap – memperbaiki sikap/peribadi 
  • Meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan (daripada tidak tahu kepada tahu)
  • Merangsang pemikiran kritis dan kreatif 
  • Memotivasikan pelajar untuk membicarakan tajuk atau isu tertentu bagi tujuan mendidik/memberi kesedaran


Saturday 23 July 2011

Konsep dan Definisi Drama dan Teater

Apakah maksud drama ?
Apakah bezanya dengan teater?


Drama
  • Dran – berasal daripada perkataan Grek Kuno “Dran” atau “Dram” 
  • yang bermaksud melakukan, melakonkan
  • Berbentuk skrip yang lengkap dengan aspek strukturalnya
  • Seni sastera – bertulis untuk dibaca (individu)
  • Cerminan realiti hidup

Teater
  • Teater – berasal daripada perkataan Grek Kuno “Theatron” yang bermaksud tempat untuk menonton
  • Skrip/ satu karangan berbentuk prosa dan puisi untuk tujuan dpentaskan
  • Seni untuk ditonton secara kolektif
  • Perlu digarap untuk dipentaskan