Tuesday 26 July 2011

Apakah teknik TDP yang boleh dilaksanakan?

  • Main peranan (role play) 
  • Pantomim 
  • Monodrama / Monolog
  • Improvisasi/Kerusi Panas/ Balang Kaca 
  • Permainan Teater
  • Bercerita dan Teater Bercerita 
  • Teater Pembaca 
  • Puppet/Boneka


Bagaimanakah melaksanakannya?

Begini…. Langkah-langkah melaksanakannya…



Kurang jelas?... Perhatikan contoh berikut...


Induksi set

Latihan mental dan fizikal – aktiviti memanaskan badan – bergerak mengikut arahan guru (bergerak seperti pertumbuhan pokok : daripada benih tumbuh bertunas, membesar dan menjadi pokok yang rending, kemudian ditiup angin – bergoyang) – terus kepada tajuk Alam Sekitar – tumbuh-tumbuhan.


Langkah 1: Menyediakan Latar Situasi

Murid mendengar cerita dan menonton sesi teater bercerita (boleh juga dilakonkan oleh murid-murid yang dipilih) kisah pokok yang berjasa kepada tuannya…

Langkah 2:  Soalan-soalan tentang motif (Forum teater)

Murid-murid dibimbing dengan perbincangan dan diajukan soalan dan mereka cuba memberikan pendapat mereka berdasarkan teater bercerita yang ditonton- soalan berbentuk kefahaman dan KBKK.

Langkah 3 : Improvisasi

Aktiviti libat sama: murid diminta mengambil bahagian dalam lakonan teater bercerita supaya mereka lebih memahami mesej dan cerita yang disampaikan serta persoalan yang diajukan semasa forum atau perbincangan sebelum ini.


No comments:

Post a Comment